8.2.13

CINTA MASJID SIRI 1

Muhammad & Abu Bakr hebat & hensem diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Selamat berpenghulu segala hari buat panglima-panglima Ramadhan hebat dan hensem ibu ayah ;). Terima kasih Allah kerana mengurniakan pinjaman yang hebat dan hensem seperti kalian! Anak-anak yang sentiasa memenuhkan salji di dalam rahim ibu. Mujahid-mujahid yang bakal syahid demi agama Allah dan ikut sunnah Baginda insyaAllah! Selamat juga khatam surah Al-Kahfi dan memperbanyakkan selawat. Mudah-mudahan Allah dan RasulNya redho dan kita mudah beroleh syafaat Baginda di mahsyar nanti asbab cinta dan mengamalkan sunnahNya.

Hari ini ibu tergerak mahu tuliskan satu perkongsian yang ibu perolehi ketika berbulatan riang ria bersama makcik-makcik tersayang 2 hari lepas. Ada makcik baru yang datang untuk sebulan kerana cuti semester dan dia cukup menggamit kenangan 'kami' semasa zaman belajar. Perkongsiaan yang menarik untuk dikongsi bersama dalam matlamat memajukan ummat dengan mendidik generasi anak-anak kecil seperti Muhammad untuk mencintai institusi masjid ;).

Dikisahkan oleh si makcik yang 3,4 tahun lebih muda dari ibu ini, ada seorang pakcik imam yang sentiasa dikerumuni anak-anak kecil selepas habis solat berjemaah. Masing-masing sangat gembira bertemu si pakcik imam itu.

Saya datang pakcik!
Saya pun datang pakcik!
Ana Muhammad pakcik!
Ismi Abu Bakr yang sentiasa bersama Muhammad, pakcik!
contohnya...

Pakcik imam ini cukup disayangi dan sangat popular dikalangan anak-anak kecil. Selidik punya selidik disebalik kegembiraan anak-anak kecil ini disamping pakcik imam ini rupa-rupanya...Cuba teka? Teka-teki Jumaat :D.

Bersambung ...

Gambar hiasan :D.

6 comments:

UmmiAbi said...

Ala...teka-teki ker...?bru semangat nk tahu cerita..hehe... UM suka mncabar minda...Tp ummi pn xtahu nk jwp..heh~

Amri dan Aishah said...

Adakah kisah imam di qatar/ dubai yg diceritakan okeh u.hasrizal?? Atau adakah ia kisah imam masjidil haram??

kayzie said...

semangat baca rupanya ada teka teki..huhu..nk tggu jwpan dr Ummu Muhammad jek la..leh??hehe

Amri dan Aishah said...

Yang saya dengar ceritanya dari FB ustaz Hasrizal, di qatar/ dubai (lupa) mereka menggalakkan kanak2 hadir solat subuh dan setiap kali selepas beri salam, kanak2 itu akan bersalam dengan imam tersebut sebagai tanda mereka hadir ke masjid. Siapa yg cukup 40 hari, imam tersebut akan hadiahkan helikopter kawalan jauh...itukah kisahnya..? =)

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

assalamualaikum sahabat dan anak2 mama di bait iman...alhamdulillah diberi keizinan bersua lg...
pada pendapat mama..mungkin p.cik imam selalu mengajak bercerita atau p.cik imam suka bernasyid...hehehe...ada kemungkinankan?

NoEn said...

UM ni kan suka mencabar minda kita...ehe