19.1.13

POTTY TRAIN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Ar-Rasul ;)
Abang besar dan adik telah tidur. Ibu curi masa sekejap catat kenangan pertama abang besar tanpa diaper. Isyak tadi, selepas abang besar dan ayah balik dari surau, ibu cuba untuk potty train abang besar. Bak kata makcik Noen, sekejap pun ibu kepoh haha! Memang sekejap dari sekitar jam 9 sehingga jam 10 lebih. Sejam lebih sahaja tetapi pada ibu dan ayah, Alhamdulillah misi berjaya!

Memandangkan rata-rata kawan blogger yang puteri-puteri mereka seperti Alya dan Alisha yang lebih kurang sebaya Muhammad telah berjaya meninggalkan diaper mereka, kenapa mesti ibu ayah tidak mencuba ;). Terima kasih kepada entry-entry mereka yang sedayanya berkongsi tips yang berguna buat kita. Terima kasih ya makcik-makcik!

Abang besar dan adik beriqra' santai dengan ayah tadi.

Berdebar juga ibu ayah dibuatnya. Memandangkan abang besar mengalami ruam-ruam sedikit, elok juga ibu biarkan tanpa diaper. Selang beberapa minit, ibu ayah mesti tanya Muhammad, mahu pee ke poo. Taknak, kata Muhammad. Muhammad meneruskan alam riang ria kanak-kanak Muhammad sebelum tiba-tiba ke bilik air sendiri sejam lebih kemudian.

Ibu segera mengikuti Muhammad dan sempat menanggalkan seluar abang besar. Ibu perhatikan. Abang besar mengambil wuduk dan kemudian, berhenti untuk membuang bahan buangan kecil. Tahniah abang besar! Ibu kagum dengan Muhammad kerana abang besar berjaya untuk misi potty train pertama kita! Mudah-mudahan Allah tolong abang besar untuk tinggalkan diaper dengan mudah selepas ini [teknik memuji gaya Rasulullah, Ustazah Siti Khadijah].

Ayah sebelum itu, baru sahaja membersihkan adik dari sekalian najis terus sahaja mendapatkan Muhammad untuk bantu memberus gigi. Sebelum ini, ayah memang telah ajar abang besar istinjak (betul ke istilah ini hehe) sendiri dan berus gigi pula memang abang besar tidak suka ibu dan ayah bantu tetapi apakan daya, sekiranya ibu ayah membiarkan Muhammad memberus gigi sendiri, hanya gigi bawah sahajalah yang diberus abang besar.

Kesimpulannya, mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk ibu ayah pottry train Muhammad untuk esok dan hari seterusnya. Tahniah Muhammad! Ibu ayah bangga dengan Muhammad. Muhammad telah berjaya melalui misi pertama potty train dengan bergaya! Mudah-mudahan selepas ini, Muhammad boleh tinggalkan diaper secepat mungkin untuk lebih hensem dan kacak bergaya aha! Ibu sambung lagi in shaa Allah dengan izin Allah pastinya.

7 comments:

nurbijen said...

Alhamdulilah, misi pertama berjaya.... Tahniah Muhammad dan ummi :)

umi alya said...

Alhamdulillah Muhammad anak yang bijak & pandai..

NoEn said...

tahniah muhammad...walaupun hanya sejam lebih, satu permulaan yg cukup baik

ibu, teruskan...jgn mudah give up okey ;)

FADLUL & FIFAH said...

huhu..yelah..org pun memang dh berazam nak ajar tasneem untuk buang air sendiri..memandangkan dia pun ckp dh byk..huhu..memang bajet diaper smp saix l je..xnk smp xl..huhu..

moga allah mudahkan urusan kita..
moga allah terus2an beri petunjuk..

Karisma Izzah said...

Alhamdulillah... boleh bagi contoh teks mcm mana nak puji gaya Rasulullah untuk misi ini?

berapa umur abang besar sekarang?

saya pun nak cuba pada anak saya.

Ummu Muhammad said...

amin doakan ye kawan2 yang si abng muhammad ni bole lepas diaper.. :D


karisma izzah: kredit utk ustazah aisha blog cinta-rasut.blogspot.com..awak boleh pegi laman web blog USK utk tgk sample ucapan2 yg sgt berkesan pd akak kite gune ustazahsitikhadijah.blogspot.com :)

IntaNBerliaN said...

a'aa ummu, kita ibu2 ni, walaupun hanya bbrp jam berjaya potty train anak.... tp happynya, bkn main lagi.. hahhah... alisha skrg ni dah ok... cuma tgh cari time utk ajar waktu mlm pulak.. :-)