Semalam genap 60 hari Abdullah di alam dunia yang fana ini mengikut perkiraan hijrah. Alhamdulillah Abdullah dikurniakan kesihatan yang baik dan semakin memberat dengan jayanya. Ibu baru sahaja menimbang Abdullah pagi tadi. Berat Abdullah dalam lingkungan 6-7kg. Anggaran sahaja kerana alat penimbang kita bukan jenis elektronik. Berat ibu bersama Abdullah ialah 70kg dan ditolak dengan berat ibu sahaja 63kg. InsyaAllah berat Abdullah dalam lingkungan 6-7kg. Ibu pula sudah turun 19kg selama 60 hari kerana berat terakhir semasa hamilkan Abdullah adalah 82kg. Baki 7kg untuk dimusnahkan supaya mencapai berat zaman kanak-kanak rebena :P.
Abdullah 55 hari ;).
Adakah kadar metabolisme menurun seiring usia? Betapa penat + sengsara mahu menurunan berat badan diusia ini tetapi usaha tetap dijalankan memandangkan kesihatan amat penting dalam membantu proses beribadah. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda berkenaan perbandingan mukmin yang kuat:
عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
(رواه مسلم)Terjemahan:
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)
Jadi, ibu ada lagi 7kg untuk dibuang supaya lebih ringan demi lazatnya ibadah insyaAllah. Ibadah itu luas pengertiannya. Hatta tidur juga suatu ibadah ;). Dalam menurunkan berat badan kepada berat ideal, antara perkara pokoknya pada ibu adalah disiplin. Perlu banyak kembali kepada sunnah. Makan malam sebelum maghrib kecuali hari berpuasa. Berhenti makan sebelum sedawa dan bukannya sudah sedawa, berhenti seketika dan sambung semula ;P. Makan dalam kuantiti sedikit. Amalkan berpuasa secara istiqamah, paling baik puasa Nabi Daud (selang sehari puasa). Ibu cukup cemburu kepada ibu-ibu yang telah beranak berkali-kali tetapi masih kekal seperti zaman bujangnya. Apakah rahsia? ;)

Selamat ulangtahun ke 2 bulan Abdullah! ;)
Pavlova dan strawberry mousse semalam penangan entry FCU (sebotol Muhammad dan ayah habiskan dalam Qaswah berdua ;). Ibu teringin. Manis ya ampun! ;D

7 comments:
bulan dah ya, cepatnya masa berlalu..
Semoga Abdullah terus membesar dgn sihat ya.. amin
ps: dah lama teringin pavlova.. tp belum bertemu jodoh bertemu dgnnya.. huhu..
Cepatnya masa berlalu.. dah 60 hari usia Abdullah.
Bagi akak, cara yang paling baik adalah dgn mengawal selera makan dan berpuasa.. tapi dah 5 anak ni agak mustahil untuk kembali ke berat masa anak dara dulu. Namun tetap gembira dpt mengekalkan berat ideal. Alhamdulillah..
Salam sejahtera buat BAi...
Masyaallah comelnya Abdullah. Walaupun baru berumur 55 hari tetapi dah nampak aura seorang pahlawan Islam terbilang padanya. Semoga Muhammad dan Abdullah sentiasa di dalam keberkatan Ilahi.
Pavlova oh pavlova. Bukan sahaja rupanya menarik tetapi rasanya juga tiada tandingan. Buat ramai orang fall in love.
wah..dh 2bulan yer abdullah...cepatnya rasa
ehem...ibunya dah kurus la...bagus2...hehe
byk jugak ummu naik berat bdn yer.. sy ni kan ummu, dah naik takut nak jumpa nurse esok... bulan lps, sebulan saya naik 4kg, so, sy kena g ceh bp selang sehari.. kot2 sy ada drh tinggi ke apa ke kan...
tp smlm sy guna penimbang dkt rumah ni, dlm tmpoh 2 mggu, berat dah naik 3kg... huwaaaaa... hbslah saya... kali ni kne apa pulak lah agaknya... silap hari bulan nurse suh cek diabetis pulak.. adehh.....
ms alisha dulu xdalah sampai camni sekali, 2nd baby ni mcm2 pulak yer.. selera mkn tu jgn ckp... sambil2 sy mengadap komputer ni pun saya boleh makan roti cicah air,.... hahahhah
chubby Abdullah...
Post a Comment